Tuesday, 2 April 2013

Cara hidup SIHAT Rasulullah s.a.w




BANGUN SEBELUM SUBUH 
  •  Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk bangun sebelum waktu Subuh bagi melaksanakan solat sunat seperti solat sunat Tahajud dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah . Hal ini kerana terdapat hikmah yang besar . Antaranya mendapat limpahan pahala , kesegaran udara Subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuat akal fikiran . 

Rasulullah S.A.W bersabda : "  Sesiapa yang menunaikan solat Subuh , maka ia berada dalam jaminan ALLAH S.W.T . Kerana itu , janganlah kamu mencari jaminan ALLAH S.W.T dengan sesuatu ( selain daripada solat ) , yang pada waktu kamu mendapatkannya , lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka . " - Riwayat Muslim 

          MENJANA KEBERSIHAN
  •  Rasulullah S.A.W sentiasa bersih dan rapi . Setiap Khamis atau Jumaat baginda akan mencuci rambut , memotong kuku , bersikat serta memakai minyak wangi . 
" Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa . Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman " - Riwayat Muslim . 

TIDAK MAKAN BERLEBIHAN
  • Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang . Ini kerana makan berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit dan melemahkan badan . Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda iaitu 1/3 untuk udara , air dan makanan . Malah umat Islam diwajibkan berpuasa pada Bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi juga selalu berpuasa sunat . 

Nabi S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari apa neraka ( sejauh perjalanan ) 70 tahun " - Riwayat Bukhari 


Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang ( tidak sampai kekenyangan )  -  Muttafaq Alaih .

GEMAR BERJALAN KAKI
  •  Berjalan kaki merupakan senaman yang mudah , murah dan selamat untuk melakukan . Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua peringkat umur . Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja . Rasulullah S.A.W juga gemar berjalan kaki ke masjid , pasar , medan jihad , dan mengunjungi rumah sahabat . Ini kerana dengan berjalan kaki , peluh akan mengalir , liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar . Malah , dengan berjalan kaki dapat mencengah penyakit jantung .  

TIDAK PEMARAH 
  • Marah merupakan sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W . Perasaan marah yang gagal dikawal boleh menimbulkan sifat keji , dendam , dengki , sombong dan angkuh . 
  • Terapi kawal sifat MARAH - Mengubah posisi ketika marah , Amalkan membaca " Aku berlindung kepada ALLAH S.W. T daripada syaitan yang direjam 
  • Tidak meninggalkan solat .

Rasulullah S.A.W bersabda : " Apabila seseorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia mengambil wuduk . Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api " - Riwayat Abu Daud 

SIFAT PEMAAF
  • Pemaaf ialah sifat yang dituntut bagi mendapatkan ketenangan hati dan jiwa . Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada belenggu rasa kemarahan . Sekiranya kita marah , maka marah itu akan melekat pada hati . Justeru , jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan menjadi sihat . 

ALLAH S.W.T berfirman : " Jadilah engkau pemaaf ! Dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf , serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh " - Al-A'raf : 199 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...